Wednesday, November 25, 2009

Berakhirnya Kemelut PMBK-Husam-TGNA

Integriti TGNA dicabar? Mengikut pendapat orang yang dangkal itulah jawapannya.. tak konsisten. Hakikatnya dengan jawapan yang diberikan oleh TGNA, ternyata ianya menyerlahkan bahawa beliau seorang yang boleh ditegur dan dikritik. Adakah UMNO boleh terima kritikan? Mustahil! Kepada mereka yang masih mencari ruang untuk melaga-lagakan pemimpin PAS, hentikanlah. Ingatlah Allah sentiasa memerhatikan anda.

Nasihat saya kepada Ariffahmi terimalah dengan hati yang terbuka, sesungguhnya keadaan ini meberikan anda satu pelajaran yang amat berguna. Berhentilah dari banyak sangat membela diri. Jawapan yang diberikan itupun menggambarkan bahawa saudara sayangkan jawatan CEO , sepatutnya bila mula krisis ni tak payah tunggu lama. Tiada siapa yang kalah dan tiada juga yang menang, tetapi yang jelasnya fitnah tidak berkembang.

Kepada Pak sheikh jangan ingat anda telah berjaya! Anda juga banyak benda silapnya. Jangan mintak orang lain menjadi saksi atas kesalahan orang lain. Tak payah memburuk-burukkan nama orang lain. Ingat anda juga banyak silapnya. Mungkin ada betulnya pendedahan ini dibuat, kesannya banyak menyelamatkan orang dari terkena fitnah yang lebih besar.


Kepada Datuk Husam, Datuk seorang yang bijak, nilailah kembali Pak Sheikh ni. Nilailah dengan mata hati. Jangan mudah terpedaya dengan cakap lembut gusi dari lidah. Saya sentiasa mengikuti perkembangan Datuk.


Nilahlah sendiri. Nada TGNA nada seorang pejuang Islam, tapi nada Ariffahmi macam tak puas hati.

No comments:

Ikuti blog ini

Diriku

My photo
KOTA BHARU, Kelantan, Malaysia
sentiasa berdoa untuk kesejahteraan dunia dan akhirat