Wednesday, November 25, 2009

Berakhirnya Kemelut PMBK-Husam-TGNA

Integriti TGNA dicabar? Mengikut pendapat orang yang dangkal itulah jawapannya.. tak konsisten. Hakikatnya dengan jawapan yang diberikan oleh TGNA, ternyata ianya menyerlahkan bahawa beliau seorang yang boleh ditegur dan dikritik. Adakah UMNO boleh terima kritikan? Mustahil! Kepada mereka yang masih mencari ruang untuk melaga-lagakan pemimpin PAS, hentikanlah. Ingatlah Allah sentiasa memerhatikan anda.

Nasihat saya kepada Ariffahmi terimalah dengan hati yang terbuka, sesungguhnya keadaan ini meberikan anda satu pelajaran yang amat berguna. Berhentilah dari banyak sangat membela diri. Jawapan yang diberikan itupun menggambarkan bahawa saudara sayangkan jawatan CEO , sepatutnya bila mula krisis ni tak payah tunggu lama. Tiada siapa yang kalah dan tiada juga yang menang, tetapi yang jelasnya fitnah tidak berkembang.

Kepada Pak sheikh jangan ingat anda telah berjaya! Anda juga banyak benda silapnya. Jangan mintak orang lain menjadi saksi atas kesalahan orang lain. Tak payah memburuk-burukkan nama orang lain. Ingat anda juga banyak silapnya. Mungkin ada betulnya pendedahan ini dibuat, kesannya banyak menyelamatkan orang dari terkena fitnah yang lebih besar.


Kepada Datuk Husam, Datuk seorang yang bijak, nilailah kembali Pak Sheikh ni. Nilailah dengan mata hati. Jangan mudah terpedaya dengan cakap lembut gusi dari lidah. Saya sentiasa mengikuti perkembangan Datuk.


Nilahlah sendiri. Nada TGNA nada seorang pejuang Islam, tapi nada Ariffahmi macam tak puas hati.

Monday, November 23, 2009

TGNA bercakap pasal Datuk Husam

Saksikan video ini dan fikirkanlah. Kepada yang mengerti dan faham sampaikanlah kepada mereka yang masih tak paham-paham. Ingatlah Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersama denganNya melalui perjuangan Islam. Allah berpesan bahawa fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh!



Kemelut bermula apabila, pak Sheikh dipecat dari PMBK. Lepas tu dia dermakan pampasan kepada pihak-pihak yang beliau amanahkan. Tetapi pak Sheikh terlupa untuk membayar hutang kepada beberapa pihak lain termasuklah saya. Pak Sheikh pun janganlah jadikan isu ini terlalu peribadi. Kepada Ariffahmi saya nasihatkan beliau berhenti daripada PMBK. Letak jawatan. Saudara masih muda. Saudara masih baru dalam perjuangan ini. Janganlah kerana nila setitik rosak susu satu belanga. Carilah kerja dengan swasta. Bila jadi menantu MB ni, susah sikit. Biar betul pun akan jadi silap. Kalau tak masakan YB Fatah Harun tak jadi exco! Cukuplah dengan apa yang dah berlaku.

Penjelasan Datuk Husam Musa

Dipetik dari blog Datuk Husam Musa.

Mingguan Malaysia sekali lagi 'memandang tinggi' pada saya dengan berita provokatif muka depan.

Dulu saya diserang bertubi-tubi menjelang Muktamar PAS.

Agenda 'mematikan' saya nampaknya belum berakhir.

Hari ini, Utusan cuba berbagai cara menghubungi saya untuk 'pohon penjelasan'. Semasa Utusan bersiap 'meletupkan' berita itu semalam sepatah penjelasan saya tidak diminta.

Beratus sms, kegelisahan begitu ramai orang dan deringan talipon sejak awal pagi adalah bukti 'berita' yang sengaja dimasak sebegitu rupa telah mencetuskan kesan negatif yang bukan sedikit.

Saya amat terharu dengan penjelasan segera bos, guru, rakan dan bapa saya - Tok Guru Nik Aziz.

Saya sakit belakang. Jumpa doktor dan doktor minta saya dapatkan rawatan, rehatkan tulang belakang saya dan kurangkan aktiviti. Bila saya nak masuk wad untuk rawatan itu saya boleh tentukan sendiri ikut kelapangan saya, tetapi jangan kurang dari lima hari penuh. Jangan lambat, kata doktor.

Saya maklumkan pada bos saya. Lima hari sebelum raya haji amat sesuai. Tetapi program saya kena tangguh dan mana mesyuarat yang saya ditugaskan wakili Tok Guru kena tukar kepada rakan yang lain.

Apa kata Tok Guru bila saya terus jumpa beliau Khamis lalu?

Jumpa doktor Di Pakar Perdana habis jam 12.30 tengah hari. Jumpa Tok Guru lebih kurang jam 1 sebelum zohor.

"Tak boleh lok (tangguh). Buat (rawat) selalu (segera). Jangan jadi macam ana..."

Saya bercadang masuk hospital hari Isnin. Keluar petang Khamis.

Apa kena mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan?

Letak semua pulak tu?

Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama? Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?

Tok Guru telah cuba dimalukan. Cuba dipinggirkan kerana pendiriannya yang tegas dan hasratnya yang jelas untuk membawa negara kita menuju perubahan.

Saya sebagai murid dan 'budak' Tok Guru, mengangkat bendera putih semata-mata kerana Utusan cuba meng-agendakan kami?

Sakit adalah lumrah insan. Letak jawatan tidak boleh diikat dengan satu dua hari di hospital - maka ia bukti Husam letak jawatan.

Kepada teman dan rakan, sahabat dekat dan jauh, saya ucapkan terima kasih atas ingatan anda semua. Ustaz Aziz menalipon pagi hari dari Mekah kerana terbangun dari mimpi, saya hargai erti persahabatan.

Bolehkah media kita diajar erti kredibiliti?

Tanpa menyakiti Utusan, tetapi tulisan Art Harun dalam blognya Articulations, menulis tentang Utusan buat sedikit 'touch' untuk tukar gambar payung berlambangkan dacing dengan gambar payung biru tanpa dacing, barangkali cukup untuk kita merasa tertanya-tanya Utusan ini apa..?




Terdapat payung berlambang dacing di belakang pak cik yang ditangkap kerana membunuh isterinya yang minta cerai di Kedah. Gambar yang sama diguna pakai oleh Metro, The Star dan Berita Harian.

Tapi demi maruah BN, Utusan menyiarkan gambar yang diubah seperti di bawah pada berita yang sama, 10 Nov 2009;



Ikuti blog ini

Diriku

My photo
KOTA BHARU, Kelantan, Malaysia
sentiasa berdoa untuk kesejahteraan dunia dan akhirat