Thursday, October 16, 2008

Minyak dah turun....

RM2.30 itulah harga petrol baru di Malaysia. Sebahagian rakyat merasa sedikit lega. Walaupun penurunan harga minyak ini sedikit tetapi ianya tetap melegakan. Hakikatnya minyak dunia telahpun turun. Pada saat artikel ini ditulis, harganya USD73.25.(RM252.71) setong. Satu tong 159liter . Maknya satu liter berharga RM1.59. Kita di Malaysia membayar dengan harga RM2.30. Beza antaranya ialah RM0.71. Ini bermakna rakyat membayar lebih dari yang sepatutnya. Dimanakah sebenarnya subsidi RM0.30 itu. Ataupun rakyat yang terpaksa beri subsidi? Sebagai rakyat inilah yang diperkatakan di ceruk kedai kopi dan masjid di Kelantan ini. Ramai yang berkata , jika inilah dikatakan sebagai kerajaan prihatin, maka jika tak prihatin lebh teruklah keadaannya. Mungkin sebahagian kita tidak merasakan ianya satu beban. Tetapi jika dilihat harga barangan lain dah meningkat hampir 100%, susahlah rakyat nak rasionalnya penurunannya.Sudah tidak adakah mekanisme lain yang boleh digunakan? Sudah ketandusan idea dan buah fikiran agaknya menteri-menteri kita ni. Pak Lah masih dengan rancangan reformasinya. Najib dengan idea glokalnya dan ramai lagi yang nak meneruskan rancangan masing-masing. Isnin ini, DUN Kelantan mula bersidang untuk Bajet 2009 yang akan dibentangkan oleh YAB TGNA. Apakah rancangannya? Kita akan sama-sama mendengar dan mengkaji apakah yang akan dibentangkan. Datuk Alwi biasanya akan memberikan idea 'bijak'nya. Datuk Nozula ditimpa kemalangan baru-baru ini. Saya berpendapat TGNA seorang pemimpin yang amat menitik beratkan hal ehwal rakyat. Yang pasti Kelantan telah lama mengamalkan bajet prihatin.

Wednesday, October 15, 2008

Anwar berhujah... Menteri tiada

Datuk Seri Anwar memulakan hujahnya pada 13hb, Oktober untuk perbahasan bajet 2009. Yang ajaibnya tiada Menteri yang mendengar. Setelah 6jam berhujah, akhirnya MP-MP BN saja yang mempertahankan kerajaan. Kita sebagai rakyat merasa kecewa dengan Menteri-menteri yang tidak hadir bagi satu perbahasan yang penting untuk negara. Ini sesuatu yang pelik dan janggal. Semalam Razali MP Muar pula megatakan bahawa 6jam telah dibazirkan. Entahlah siapa yang membazir. Datuk Abdullah kata, Bajet masih relevan begitu juga Datuk Najib. Kalau relevan mesti kena ada untuk dengar dan kalau ada kekeliruan yang ditimbulakn DSAI tegurlah terus. Barulah rakyat boleh menilai siapa yang berbohong. Saya sedih dengan keadaan ini. Mengapa keadaan ini mesti terjadi kepada kita. Akhirnya saya menyeru kepada semua pembaca dan rakyat Malaysia amnya supaya kita sentiasa diberikan pemimpin yang baik dan yang membuat kebaikan kepada kita bukannya kepada diri sendiri dan anak beranak mereka. Insya allah....

'Alhamdulillah, Syukur PAS menang di Kelantan' kata Lim Guan Eng

Pada 13hb Oktober 2008, tercatat satu sejarah baru di Malaysia. Lebih kurang jam 8.30malam, samabil menunggu anak saya menghabiskan kelas tiusyennya. Saya berjalan-jalan di jalan Kebun Sultan, Kota Bharu tanpa mengetahui bahawa adanya program di Dewan Perniagaan Cina. Majlis Idul Fitri bersama masyarakat Tionghua dan PAS. Dimulakan majlis dengan persembahan Megat Nordin dan wushu diikuti oleh ucapan Datuk Annuar Tan. Pada masa itu hadirin baru mencecah 3 ribu orang di luar Dewan sambil menikmati makanan. Datuk Wan Rahim, MP Kota Bharu pula membuat ucapan terima kasih kepada pengundi beliau. Lebih kurang 9.15malam , hadirin makin meningkat bilangannya, hampir 5ribu orang. Seterusnya bilangan pengunjung meningkat apabila Datuk Husam memulakan ucapan hampir 8ribu orang. Apabila YAB Lim Guan Eng (LGE) memulakan ucapan hadirin makin meningkat dan jumlahnya hampir 10ribu orang. Hadirin terpegun dengan ucapan LGE yang mengulas keadaan politik semasa dan juga perkembangan yang berlaku di Pulau Pinang dan juga di Parlimen. Walaupun beliau berucap dwibahasa, hadirin tetap tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing. Rata-rata hadirin yang saya sempat bertanya khabar mengatakan bahawa, kalau inilah sebenarnya LGE, bermakna Pakatan Rakyat amat teguh. Ramai hadirin menitiskan airmata melihat LGE menyambut salam Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) . TGNA pula menyampaikan ucapan beliau selepas itu sambil mengucapkan penghargaan kepada LGE dan PAS Kota Bharu. Hadirin selepas itu meninggalkan kawasan Dewan Perniagaan Cina Kelantan dengan penuh pengharapan dan juga doa untuk terus menyaksikan perubahan yang sepatutnya berlaku. Apapun, dari apa yang saya lihat, tembok perkauman hampir runtuh sepenuhnya. Tarikh 13hb Oktober 2008, menjadi satu tarikh yang bersejarah kepada Malaysia amnya dan PAS dan DAP khasnya. Benarlah telahan TGNA hampir 20tahun lalu, "Sekiranya PAS ingin berjaya dengan besar, Gerakkan dakwah kita melalui Islam yang sebenarnya, supaya kita (perjuangan PAS) diterima oleh semua kaum. Sesungguhnya Islam itu Rahmat kepada seluruh alam".

Monday, October 13, 2008

Parlimen Bersidang Hari Ini

Parlimen mula bersidang hari ini. Ramai yang tertunggu-tunggu. Apa yang terjadi hari ini? Apakah kita akan terus mendengar cerita sama setiap hari? Atau kita akan terus tertanya-tanya? Banyak sangat soalan yang bermain di kepala. Kita harap masalah politik ini selesai dengan segera. Masalah ekonomi sedang melanda kita dan jiran-jiran kita. Masalah dalaman banyak. Janganlah kita terus menerus berkelakuan seperti budak-budak yang berebutkan gula-gula. Sentiasa berdoa agar kita dianugerahkan pemimpin yang jujur seperti Umar Al-Khattab, Umar Abdul Aziz ataupun Tuan Guru Nik Aziz supaya perjalanan kita lebih selamat dan tenteram.

Sunday, October 12, 2008

Persaingan Sengit UMNO 2008 ehh.. March 2009..



Nampaknya persaingan makin sengit sekarang ini. Datuk Shahrizat Jalil dapat 7 pencalonan untuk jawatan Ketua Wanita Umno. Mukhriz mendahului Khairy. Apapun sekarang ini pertarungan telahpun bermula. Persoalan yang timbul terlalu banyak. Adakah Umno akan berubah ? Adakah UMNO akan mendapat nafas baru? Adakah ianya juga menandakan bermulanya era baru? Atau ianya sekadar pertukaran ketua sahaja? Selama 5 dekad rakyat Malaysia telah melihat UMNO menjadi bermacam-macam bentuk dan rupa. Tetapi dasar perjuangan tetap sama. Pemimpin bersilih ganti. Datang dan pergi. Ku Li pernah bertanding dulu, kini bertanding lagi. Datuk Najib kini akan bertanding jawatan Presiden melawan Ku Li, Muhyiddin, Rais dan Muhammad Taib pula jawatan Timbalan Presiden. Naib Presiden khabarnya agak laris. Kita dikejutkan pula dengan persaingan Ketua Puteri Umno pula. Baguslah semuanya akan dipertandingkan. Itu cerita diperingkat pusat. Di bahagian pun apa kurangnya. Jawatan Ketua Bahagian banyak yang hangatnya. Dengan pelbagai lagi cerita menarik dan situasi yang menarik bakal menjelma. Esok Parlimen mula bersidang. Minyak dah dibawah USD85 setong. Ini pasti menghangatkan suasana. Kita sebagai rakyat perlu berdoa agar negara kita sentiasa berdoa agar diberikan pemimpin yang adil, contohnya Tuan Guru Nik Aziz.

Ikuti blog ini

Diriku

My photo
KOTA BHARU, Kelantan, Malaysia
sentiasa berdoa untuk kesejahteraan dunia dan akhirat