Saturday, November 1, 2008

Kuih Manja..

Pada pagi ini saya dan isteri ke pasar Siti Khadijah untuk membeli barangan dapur. Sambil berjalan saya memerhatikan keadaan sepanjang jalan utama. Seorang anak muda dalam lingkungan du puluhan umurnya menjual kuih manja. Dari raut wajahnya saya agak beliau seorang anak muda yang jujur dan seorang yang amat berusaha. Sambil memasak kuih manja, beliau melemparkan senyuman kepada orang ramai dan juga pelanggannya. Terdetik sayu hati ini melihat beliau. Kenderaan beliau amat jarang dipakai sekarang. Saya akan paparkan kenderaan beliau lain kali disini. Sentiasa dengan senyuman. Setelah selesai urusan isteri di dalam pasar, saya singgah membeli kuih manja pemuda tersebut. Sempat juga saya bertanya khabar beliau. Katanya beliau menjual dipasar Siti Khadijah pada setiap hari Jumaat dan Sabtu sahaja, pada hari lain beliau akan menjual disekitar kompleks sekolah Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu. Sambil berlalu saya mengucapkan salam kepadanya, beliau tersenyum dan menjawab salam. Dari air mukanya saya pasti beliau banyak menyimpan kisah-kisah beliau yang tidak diketahui oleh kita.

Thursday, October 30, 2008

Entah Kenapa..

Entah kenapa, semalam di DUN Kelantan pembangkang tidak kelihatan semasa penggulungan oleh exco. Sikap yang sama ditunjukkan, iaitu mengomel benda sama setiap persidangan dan seterusnya komplen pada sidang berikutnya. Semalam exco Kelantan telah memberikan jawapan bagi setiap soalan yang diutarakan semasa perbahasan bajet 2009. Akibatnya mereka sekali lagi akan bersikap seperti pandai tetapi tak boleh ditumpang selepas ini. Berbahas dengan meyakinkan mengenai peranan mereka sebagai wakil rakyat dan minta naik elaun, tetapi apabila masa jawapan dan pengundian mereka tiada di dewan. Apa nak jadi ni. Inilah sikap mereka sebenarnya. Memang benar Allah memilih pemimpin, tetapi kita kena ingat bahawa Allah juga memberika akal supaya berusaha untuk berubah menjadi lebih baik. Ilmu yang diberikanNya amat sedikit tetapi ianya tak pernah luak dan habis. Di DUN Selangor pula dengan kerenah bekas MBnya. Sekarang Parlimen masih berlangsung. Apa yang akan terjadi. Apakah benar kata Anwar Ibrahim akan wujud kerajaan Malaysia baru? Atau sekadar mimpi? Apakah PM keenam Najib? Apakah pasti Pak Lah akan letak jawatan? Yang pastinya ialah pertarungan sedang berlangsung. Siapa yang menang? Hanya Allah yang mengetahui.

Tuesday, October 28, 2008

Keruntuhan akhlak

Pagi ini sambil minum pagi dengan seorang kawan Faran namanya. Kami berbual tentang banyak perkara, satu darinya mengenai keruntuhan akhlak yang sedang melanda negara amnya, Kelantan khasnya. Beliau mengutarakan satu pendapat mengenai masalah akhlak ini, iaitu kurangnya pengetahuan tentang Sifat 20. Dimana manusia yang tidak mengenal diri secara automatiknya tidak mengenal Allah yakni tuhan rabbujalil. Saya termenung seketika mendengar hujah-hujahnya. Secara ilmiahnya saya berpendapat ianya benar. Kita biasa bercakap tentang islam, iman dan gejala sosial tapi tidak pernah mengaitkan keadaan kita dengan Pencipta kita. Sedangkan allah bersama kita sentiasa. Tak kira apa jua yang kita lakukan, Allah tetap bersama kita. Pentingnya hal Sifat 20 ini ialah kita dapat mengenali diri kita dan mudah mengenali tuhan pencipta kita. Dah sampai masanya kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Sesungguhnya al-Quran dilemparkan kedalam dada kita bukannya sekadar berada didalam kitab.

Monday, October 27, 2008

alwi.. alwi..


Melihat kepada ucapan Datuk Alwi di DUN Kelantan, saya merasa amat kasihan kerana beliau rupanya masih tidak faham apa yang berlaku di negeri Kelantan ini. Baru-baru ini beliau memberitahu dewan agar lupakan sengketa antara PAS dan UMNO, tapi semalam pula suruh PAS menunaikan janji PAS. Apa ni Datuk? Baja subsidi di Kelantan ni kalau cap Dacing dah lama rakyat Kelantan jarang-jarang dapat. Pasal YIK pula ianya untuk sekolah Agama Rakyat! Datuk boleh cakap membazir? Istighfarlah Datuk . Betul Kerajaan Pusat nak bantu, tapi banyak syaratnya. Baru-baru ini, Kerajaan Kelantan telah serahkan 20biji SAR. Alhamdulillah Menteri Pelajaran tak berpikiran macam Datuk, kalau tidak entahlah. Datuk ni orang muda, belajarlah dari pengalaman yang lepas ataupun dari orang-orang lama. Jangan terlalu berpolitik (sekadar mengulangi kata-kata Datuk sendiri). Orang Kelantan dah celik mata, bukan macam dulu lagi. Patutnya Datuk Alwi kena bantu kerajaan, bukannya membantah membuta tuli. Defisit benda biasa dalam bajet. Itupun jika berlaku kekurangan pendapatan, tapi Datuk kena ingat. Kelantan pernah beberapa kali mendapat lebihan dalam pengurusan perbelanjaan Kerajaan Negeri. Pesan Tok Guru Nik Aziz " Otak jangan letak dekat kepala lutut". Wallah huallam....

Sunday, October 26, 2008

Kecoh, Kalut, Kucar lana..............

Mesyuarat UMNO semakin kecoh. Dah bermeyusrat, dibatalkan. Ditunda ke tarikh lain. Yang dah menang dibatalkan. Mesyuarat baru pulak kecoh. Dipilih pulak orang lain pegang jawatan. Kalut dengan memorandum pembatalan mesyuarat dan digesa disahkan yang dah dibatalkan. Inilah yang sedang berlaku di peringkat bahagian. Ketua Wanita UMNO Malaysia, Rafidah nak teruskan dengan pelan peralihan kuasa. Shahrizat dah dapat cukup pencalonan untuk jawatan Ketua Wanita. Apa guna jawatan Naib kalau dah cukup untuk jawatan Ketua?. Calon-calon Naib pun dah ada dan cukup pencalonannya. Entahlah ini yang dikatakan oleh orang Kelantan...KUCAR LANA abih.......

Ikuti blog ini

Diriku

My photo
KOTA BHARU, Kelantan, Malaysia
sentiasa berdoa untuk kesejahteraan dunia dan akhirat