Wednesday, December 23, 2009

Meja Bulat : Bahagian 2 Menantu


Hari ini kisah menantu pulak. Khabarnya tidak puas hati menantu kerana dia dipaksa letak jawatan CEO PMBK dan beberapa perkara sangat. Aku pun tak paham kenapalah bebal sangat si menantu ni? Aku berpendapat dia ni pengecut, aku ada alasan tersendiri . Pernah sekali tu si menantu berjumpa dengan blogger-blogger kat KL dan menginap kat Hotel Nikko. Lepas tu sambil membela diri , menantu memburuk-burkkan Datuk Hussam!

Yang letihnya tu, siap offer duit lagi kat blogger . Bukan nak rasuah kata menantu cuma nak membantu je. Dibawah ini disertakan artikel dari Malaysiakini.com. Tajuknya
sedap jugak macam S.Kadarisman sebut dalam filem Tiga Abdul :-

Ariffahmi : 'Ini Tidak adil'


Menantu menteri besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Ab Rahman mendakwa beliau dilayan secara tidak adil berhubung isu peletakan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

’Saya diarah tutup mulut tapi dalam masa yang sama banyak orang yang terus mengulas perkara itu," katanya ketika menghubungi Malaysiakini semalam.

Beliau merujuk kepada laporan sebuah akhbar arus perdana Ahad lalu, yang memetik ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani Abd Kader yang mendesak Ariffahmi melepaskan segera jawatan tersebut.

Semalam, Dr Rosli mengumumkan peletakan jawatannya dalam parti, termasuk sebagai ahli jawatankuasa PAS Kelanta, berkuatkuasa serta merta.

Beliau memberitahu satu sidang akhbar semalam bahawa keputusannya itu untuk memastikan imej parti tidak terjejas ekoran perintah Mahkamah Syariah Kota Bharu supaya dia tinggal berasingan dengan isternya keduanya.

Sebelum ini pucuk pimpinan PAS telah meminta menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu melepaskan jawatannya dalam PMBK bagi mengalak tanggapan wujudkan kronisme dalam pentadbiran PAS di Kelantan.

Ekoran itu, Ariffahmi mengumumkan yang beliau akan menghantar notis esok dan peletakan jawatannya secara rasmi berkuatkuasa Mac depan.

Beliau dilaporkan berkata, ia selaras dengan terma dan syarat pelantikannya ke jawatan tersebut serta untuk memberi masa kepada kerajaan negeri mencari penggantinya.

Ariffahmi memberitahu Malaysiakini bahawa kenyataan-kenyataan yang berterusan dari pelbagai pihak, khususnya di dalam PAS, telah mengeruhkan keadaan.
Ditanya sama ada beliau mencadangkan pihak berkenaan dikenakan tindakan disiplin, Ariffahmi berkata, perkara itu terserahlah kepada kebijaksanaan kepimpinan PAS.

"Perkara itu PAS pusat kena fikirlah," katanya yang juga exco pemuda PAS Kelantan.

Ariffahmi berkata, keputusannya meletakkan jawatannya sebagai CEO PMBK, dilakukan menurut arahan kepimpinan PAS.

Sementara itu, notis peletakannya yang sepatutnya dihantar esok telah diserahkan kepada Nik Aziz sebagai pengerusi perbadanan itu pagi tadi.

Ariffahmi berkata, kandungannya adalah sama seperti dimaklumkan sebelum ini.

Setelah membaca artikel ini, jelaslah bahawa sanya menantu ni bebal dan degil serta suka menyalahkan orang lain. Ish...ish..ish... dalam catatan akan datang, aku siarkan pulak kisah 'al-ustaz nick abduh'- si anak...

Ikuti blog ini

Diriku

My photo
KOTA BHARU, Kelantan, Malaysia
sentiasa berdoa untuk kesejahteraan dunia dan akhirat