Saturday, October 11, 2008

Antara Kehidupan rakyat dan....

Bersamamu di sebuah rangkaian tv kita menayangkan kepada umum bahawa masih terdapat ramai lagi orang yang miskin dan daif. Adanya anak yang tak mampu bersekolah, rumah kotak, tiada bekalan elektrik dan air besih, dan banyak lagi jenis kesusahannya. Pada masa pilihanraya mereka inilah paling ramai dijanjikan bantuan. Saya masih ingat semasa PRK di Pengkalan Pasir, Kelantan pada tahun 2006 dulu. Di kampung Dangar, ada tiga buah rumah orang miskin akan dibangunkan. Tapi sehingga hari keadaan itu masih berlarutan sehinggalah wakil rakyat baru dipilih dalam PRU12 baru-baru ini. Nak dibuat rumah baru, mereka tinggal atas ehsan tuan tanah. Nak dicari rumah baru, tiada yang dekat. Dimana silapnya. Sejak semalam pula kita rakyat dikhabarkan berita pemilihan Ketua Pemuda Umno Malaysia pula. Sehingga pagi ini, kedudukannya sebagaimana berikut. Datuk Mukhriz 8, Khairy 4, dan Khir Toyo 2. Kesemuanya menjanjikan perubahan demi memikat kemabali sokongan kepada UMNO. Soalnya sekarang kemana perginya mereka yang miskin tadi? Apakah kita sudah lupa atau belum sampai masa lagi? Atau kita tak perlukan mereka sekarang? Banyak lagi yang bermain di fikiran saya.

Friday, October 10, 2008

Peralihan Kuasa


Setiap hari rakyat Malaysia didedahkan dan diperdengarkan bahawa akan berlaku peralihan kuasa. UMNO dengan caranya DS Anwar Ibrahim dengan caranya. Rakyat mengikuti dengan penuh minat. Yang mana akan berlaku ? Wallahuallam. Semalam di Padang Perdana Kota Bharu puluhan ribu manusia membanjiri kawasan sekitar untuk mendengar ucapan dari pemimpin PR. Kalau dilihat dari kehadirannya, ianya amat luar biasa. Sebagai rakyat Malaysia kita sebenarnya amat bertuah kerana mempunyai pemimpin seperti Tuan Guru Nik Aziz (gambar) yang sentiasa memberi penerangan tentang Islam dan kebaikannya. DS Anwar dengan visi keamanannya dan Lim Guan Eng dengan kesaksamaanya. Islam sentiasa menganjurkan kedamaian, keamanan dan keadilan. Sama-samalah kita berdoa supaya apa saja yang berlaku akan memberikan kebaikan kepada kita sebagai orang Islam dan rakyat Malaysia.

Thursday, October 9, 2008

Rakyat mahu PM yang bersih dan dilihat bersih

Abdul Aziz Mustafa
Thu | Oct 09, 08 | 9:42:08 am MYT

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Hrkh) - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin dipandang paling berkelayakan untuk memimpin Umno oleh sebahagian ahli-ahli parti itu, tetapi beliau juga dipercayai dipandang tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri oleh sebahagian besar rakyat negara ini, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar.

"Urusan Umno, hak Umno dan kita tak mahu campur tangan. Tetapi dalam urusan kepimpinan negara, rakyat menuntut pemimpin yang mempunyai integriti.

"Kita menuntut negara ini dipimpin oleh Perdana Menteri yang bukan sahaja bersih, tetapi dilihat bersih," tegas Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Masalah terbesar yang dihadapi Najib ialah beliau tidak dilihat bersih, kata Mahfuz.

Sepatutnya, kata beliau, kedudukan sebagai Presiden atau Pemangku Presiden Umno bukan satu-satunya syarat untuk menjadi Perdana Menteri. Faktor lain juga mesti diutamakan.

"Ketika negara malah dunia dilanda krisis ekonomi, kita tidak sanggup lagi mempunhyai Perdana Menteri yang tidak diyakini para pelabur asing. Dakwaan 9:37 AM 10/9/2008pelabur asing takut untuk melabur ke negara ini semakin banyak diperkatakan sekarang.

"Kita bimbang Perdana Menteri yang tidak dilihat bersih akan memburukkan lagi rasa takut para pelabur untuk melabur ke negara ini," kata Mahfuz.

Beliau memohon Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu memberi perhatian utama dan penting terhadap apa yang akan dihadapi oleh negara ini apabila, untuk pertama kalinya, seseorang yang tidak dilihat bersih akan menjadi Perdana Menteri.

"Kesemua Perdana Menteri dari Almarhum Tunku Abdul Rahman hingga Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak memulakan tempoh mereka sebagai Perdana Menteri dengan imej yang tidak dilihat bersih. Najiblah orang yang pertama memulakan tempoh sebagai Perdana Menteri dengan imej yang berbahaya kepada negara itu," kata beliau.

Sebab itulah, katanya, sokongan majoriti Ahli Parlimen sahaja sebagai syarat untuk menjadi Perdana Menteri tidak memadai untuk kepentingan negara.

"Oleh kerana rasuah dan penyelewengan semakin canggih perlaksanaannya sekarang, seseorang yang dilihat bersih sekalipun perlu melalui penapisan atau vetting sebelum menjadi Perdana Menteri.

"Lulus dalam penapisan itu juga sepatutnya menjadi satu lagi syarat untuk diterima sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Beliau menyeru Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu menuntut penubuhan serta mengawal selia penubuhan dan perjalanan satu jawatankuasa khas untuk melaksanakan perkara itu.

"Perkara ini perlu diputuskan oleh Majlis Raja-Raja Melayu oleh kerana Yang di-Pertuan Agonglah yang akan memberi persetujuan dan menyampaikan watikah perlantikan untuk membolehkan seseorang menjadi Perdana Menteri," katanya.

Jika Najib lulus penapisan itu, katanya lagi, maka beliau bukan sahaja bersih malah perlu dilihat bersih.

"Pengunduran (Datuk Seri) Abdullah (Ahmad Badawi) juga menimbulkan pelbagai spekulasi apabila blogger yang baru-baru ini ditangkap di bawah Akta Hasutan, Sheih, mempersoalkan adakah Abdullah pernah menerima RM200 juta dari isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, sebahagian dari komisyen urus niaga kapal selam berjumlah RM500 juta yang didakwa diterima oleh Abdul Razak Baginda.

"Banyak perkara yang berbangkit. Jika benar Rosmah memberikan RM200 juta kepada Abdullah, apa sebab dan tujuannya? Adakah untuk menutup mulut? Kalau benar untuk menutup mulut kes apa?

"Lebih dari itu, bagaimana isteri Timbalan Perdana Menteri boleh memiliki dan membahagi-bahagikan yang begitu banyak dengan mudah sewenang-wenangnya?

"Jika apa yang dipersoalkan oleh Sheih itu betul, ia amat membahayakan negara," Mahfuz mengingatkan._

Wednesday, October 8, 2008

Apa sikap Abdullah : Bertempur atau berundur?

Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my
Wed | Oct 08, 08 | 10:57:21 am MYT

Hari ini Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dijadualkan membuat pengumuman mengenai kedudukannya sama ada beliau akan bertanding mempertahankan jawatan Presiden Umno atau tidak.

Abdullah, kini, sedang menghadapi krisis pendirian yang amat mencabar, iaitu sama ada mengundurkan secara terhormat, setelah melalui pelbagai kecaman dan desakan dari akar umbi Umno sejak 8 Mac lepas atau diundurkan secara memalukan dengan tidak mendapat pencalonan yang cukup untuk melayakkannya mempertahankan jawatan.

Khabarnya sudah beberapa kali Abdullah sudah 'tidak tahan' akibat desakan supaya meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno, sekaligus jawatan PM dari kalangan anggota Majlis Tertinggi Umno.

Ada yang mengkhabarkan, gambaran situasi tekanan yang dihadapi, minda dan jiwa Abdullah tertekan sehingga beliau menangis kecewa dengan sikap pihak-pihak tertentu dalam Umno yang memperlakukan beliau sedemikian rupa.

Di saat Abdullah masih berkuasa sebagai PM dan Presiden Umno, orang-orang Umno bukan sahaja memperlekehkan beliau, malah beberapa kali 'memulaukannya' dalam beberapa majlis anjuran parti itu.

Ada kawan-kawan memberitahu selepas mesyuarat MT di bulan Ramadan lepas, diadakan majlis berbuka puasa di PWTC, tiada pemimpin-pemimpin kanan Umno yang 'sudi' duduk bersama semeja dengan Abdullah.

ImageDi kalangan wartawan yang membuat liputan pada petang itu agak terkejut, apabila melangkah ke dewan (menjelang waktu berbuka puasa), keadaan masih lengang, hanya ada seorang dua sahaja yang duduk berbual dengan Abdullah.

"Kasihan tengok PM menunggu orang datang, sambil tersenyum 'macam kerang busuk' seorang diri.

"Pemimpin-pemimpin yang lain ketika itu tak tau ke mana, agaknya dengan Najib (Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak) kut," dakwa seorang wartawan agensi asing.

Inilah perangai orang Umno, belum pun Abdullah meletakkan jawatan, beliau sudah 'dizalimi' sedemikian rupa.

Sama seperti dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad, hanya dua minggu selepas beliau meletakkan jawatan, tiada seorang pun rakan kabinet, khususnya daripada Umno yang mahu mendekati beliau.

Abdullah, kini sudah merasa dan mengalami tekanan jiwa dan perasaan akibat perangai busuk orang-orang Umno. Beliau baru menyedari bahawa sokongan yang diterima selama ini adalah 'fragile'.

Akibat daripada itu Abdullah sudah beberapa kali berhasrat melepaskan jawatan, dan beberapa kali membuat pengumuman beliau akan berundur.

Khabarnya setiap kali menerima tekanan, Abdullah akan balik dengan penuh hiba, namun setibanya di rumah, selepas berbincang dengan anggota keluarga dan kroni rapat, Abdullah mengubah pendirian untuk bertanding mengekalkan jawatan.

"Petang ini beliau dengan perasaan yang amat lemah mengumumkan hasrat untuk berundur, esok pagi, selepas mendapat 'suntikan' keluarga, beliau akan kembali segar dan mengubah pendirian semalam," komen seorang penganalisis.

Faktor utama kegagalan Abdullah

Sukar dielakkan wujud persepsi, antara 'failure' besar Abdullah yang dikritik orang-orang Umno ialah 'beliau tiada pendirian, malah mentadbir negara dan parti dengan pengaruh keluarga dan kroni.'

Oleh sebab itu ada yang berpendapat, orang-orang Umno mendesak Abdullah melepaskan jawatan segera atas dakwaan 'demi kepentingan parti dan negara', sebaliknya Abdullah dipujuk untuk terus berkuasa 'demi kepentingan keluarga dan kroni.'

Sejauhmana kebenaran dakwaan ini, sebenarnya ada pada penilaian orang-orang Umno sendiri, di mana, kini, pertembungan puak-puak pro dan anti Abdullah semakin tajam.

ImageDi saat-saat terakhir ini, banyak usaha-usaha terdesak dilakukan oleh kumpulan penyokong Abdullah, khususnya yang diketuai Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk memberikan gambaran yang 'meyakinkan' kembali pendirian Abdullah yang sudah goyah.

Satu sahaja kerisauan Khairy. Jika Abdullah tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno, maka tiada sebab Abdullah mampu kekal sebagai PM yang tiada kuasa dalam parti.

Jika Abdullah tidak lagi Presiden Umno, peluangnya untuk memenangi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno akan terkubur, malah, mungkin juga karier politiknya akan terus dikuburkan.

Demi kepentingan politik kepuakan dan peribadi, sudah wujud ramai 'pengali-pengali kubur' dalam Umno untuk 'menguburkan' politik Abdullah dan keluarganya.

Jika Abdullah tidak memegang jawatan sebagai PM, beliau tidak ada kuasa di Khazanah, maka habislah Khairy dan Kamaludin dan segala perniagaan mereka.

Malah yang dicongak sekarang ialah bagaimana masa depan Scomi, ECM-Libra, Equine Capital dan pelbagai syarikat yang dikuasai kroni, yang selama ini membolot projek-projek besar dalam negara.

Nilai projek-projek tersebut amat besar. Bukannya ratusan juta. Malah ianya dinilaikan berpuluh bilion.

Yang amat dikhuatiri oleh Kamaludin, Khairy, kroni dan keluarganya ialah, jika Abdullah tidak lagi menjadi PM, semua legasi yang dibina ini sudah tentu akan hancur dan 'terkubur' sebagaimana 'terkuburnya' masa depan politik Abdullah.

Tekanan demi tekanan diterima Abdullah, belum lagi diambil kira gesaan anggota komponen Barisan Nasional yang semakin hilang kepercayaan terhadap beliau sebagai PM dan Pengerusi BN.

Sudah tentu Abdullah tidak boleh menerima hakikat bahawa, di suatu ketika, beliau 'ditabalkan' sebagai PM dan Presiden Umno dalam suasana yang penuh gilang gemilang, sebaliknya diundurkan dengan penuh kehinaan.

Percaturan getir Abdullah

Dalam usaha terakhir Khairy dan kroni, mereka cuba mengemukakan 'numbers' kepada Abdullah.

Mereka menunjukkan kepadanya supaya beliau yakin bahawa beliau akan mendapat pencalonan yang mencukupi untuk dicalonkan semula sebagai Presiden Umno.

Bagi Abdullah, kegagalannya mendapatkan persetujuan Najib untuk berkompromi sebagai Presiden dan Timbalan Presiden Umno, merupakan suatu 'malapetaka besar' dalam kariernya.

Beliau sedar, akar umbi Umno mahukan regu Najib-Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin).

Jika Persidangan Umno Bahagian, bermula Jumaat ini tidak mencalonkan beliau, malah mencalonkan Najib sebagai Presiden, ianya merupakan tempelak yang paling besar baginya.

ImageUsaha mendapatkan kuota yang cukup dari 58 bahagian atau 30 peratus suatu hal. Bagaimana jika selepas semua pencalonan dilakukan, beliau tidak melepas kuota?

Maka ada congakan cuba dibuat untuk meletakkan Dato' Ahmad Zahid Hamidi sebagai regunya. Sejak beberapa tahun ini, khabarnya Zahid tidak lagi 'ngam' dengan kumpulan Najib, beliau khabarnya lebih rapat dengan Khairy.

Malah, ada yang mengatakan beliau memperolehi jawatan Menteri di JPM pun kerana 'dealnya' dengan Khairy.

Persoalannya di sini, apakah regu Abdullah-Zahid mampu bertembung dengan regu Najib-Muhyiddin?

Abdullah sedang berteka-teki dengan perasaan beliau sekarang, jika berundur dengan penuh hormat sekalipun, masa depan politik dan perniagaan anak beranaknya diperjudikan.

Jika bertempur dengan Najib serta gerombolan, kemungkinan besar beliau akan tewas 'sebagai anak jantan', tetapi dijatuhkan dengan penuh kehinaan oleh orang-orang Umno.

Inilah percaturan yang paling getir buat Abdullah. 'Membujur lalu, melintang patah'.

Dalam apa keadaan pun sekarang ini, Umno tetap berpecah. Abdullah kekal pun Umno berpecah, Abdullah jatuh pun Umno akan berpecah juga.

Dalam apa situasi pun, hakikatnya masa depan politik, ekonomi dan kesejahteraan rakyat, sedang diperjudikan oleh pemimpin-pemimpin Umno. - mks. _

Tuesday, October 7, 2008

Last Emperor

Pu Yi merupakan Maharaja Empayar China yang terakhir memerintah Negara China. Ianya berlaku tak sampai pun lagi seratus tahun yang lalu. Beliau dikelilingi pegawai-pegawai yang rasuah dan angkuh. Penasihat-penasihat beliau telah memberikan nasihat yang salah dan suka mengambil kesempatan di atas keadaan beliau yang hanya beusia 12 tahun ketika itu. Ceritanya panjang, tapi yang saya nak sampaikan ialah kejadian runtuhnya sebuah negara atau empayar berlaku hampir setiap 20 tahun sekali. Kalau kita lihat hampir 20 tahun dahulu , Empayar Soviet Union hancur dan dikuti oleh jatuhnya Sukarno, Margaret Thatcher, Benazir Bhutto dan banyak lagi pemerintahan sebuah negara yang jatuh. Sebenarnya kita telah dingatkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran dalam beberapa surah. Tetapi yang paling mahsyur ialah surah Ar-Rum. Banyak lagi tentang jatuh bangun sesebuah Kerajaan dinyatakan di dalam Al-Quran . Kita boleh perhatikan keadaan sekeliling kita , usahkan kerajaan tetapi perniagaan, rumahtangga dan perkara yang berkaitan dengan kita boleh runtuh seandainya kita lalai dan lupa kepada tuhan yang menjadikan kita .

Monday, October 6, 2008

Reader's Digest and MU

I've received a contest from Reader's Digest for almost every year. I don't know why. Since then ialways filled the form and get into it. As always i never been the winner. How about you guys? Does Reader's Digest know that i never won their contest? I always dreaming of being the winner. Right now Manchester United have started winning their games. Since Berbatov, Rooney, Ronaldo and Tevez get in form, i'm sure the BPL title will stay at Old Trafford for another year. It's a long season to go , just wait and see. Viva MU!!!!!!!!

Sunday, October 5, 2008

Money

I still wonder until today. Is there any programme called 'easy money'? Well as we all know that there are many. But still many do not believe it. I don't want to banned people that believed, but we should now what are the best for us. If we believe then we must do some thing. What about if you still do not believe? Better ask someone that believe. Today many people being by doing internet business. Why not we find out about that? Well that all folks. See you next time.

Kembali Bekerja

Salam semua. Alhamdulillah kita kembali bekerja semula. Namun demikian masih ada yang kini masih meneruskan dengan puasa sunat Syawal selama 6 hari. Insya Allah. Apapun kini kita akan kembali mendengar berit-berita yang hangat dan sensasi. Baik berita politik, sukan, hiburan ataupun berita yang tak mahu kita dengar. Semoga kita sentiasa ingat kepadaNya.

Ikuti blog ini

Diriku

My photo
KOTA BHARU, Kelantan, Malaysia
sentiasa berdoa untuk kesejahteraan dunia dan akhirat