Tuesday, October 21, 2008

Bush dan Abdullah


Presiden Bush akan melabuhkan tirai pemerintahannya dalam tempoh kurang dari enam bulan lagi. Bush dilihat sedang menyelamatkan ekonomi US yang diserang oleh virus ekonomi ciptaan kapitalis atau lebih tepat ciptaan sendiri. Rakyat Amerika diketahui sebagai rakyat yang senang mendapat hutang dan mudah berbelanja. Jika dilihat kepada cara berbelanja rakyatnya, kita dapati mereka langsung tidak ambil peduli tentang apa yang perlu dan apa yang tidak. Memandangkan itulah caranya, US ambil masa lebih kurang 30 tahun untuk terlibat dalam krisis ekonomi sekarang ini. Dengan USD700billion , kerajaan US berusaha untuk menyelamatkan ekonomi mereka termasuk memperkenalkan beberapa kaedah baru yang sebelum ini tak pernah dilakukan mereka. Antaranya memulakan perdagangan besar-besaran dengan Perancis dan negara Eropah lainnya. Ini bermakna mereka (baca US) telah secara langsung menjalankan urusniaga dalam matawang Euro. Euro sebelum ini dikecam hebat oleh Bush yang mempertahankan idea bahawa hanya USD sahaja yang dunia patut gunakan. Apapun pada pagi ini, dunia sekali dikejutkan dengan berita bahawa US sekali lagi ingin menambah peruntukannya bagi menjalankan pakej menyelamat ekonomi negara mereka.
Abdullah Badawi Perdana Menteri Malaysia juga telah menyatakan bahawa beliau akan berundur dari jawatan PM pada bulan March 2009, hampir sama dengan Bush di Amerika. Bezanya ialah Bush berusaha menyelamatkan ekonomi US, Abdullah pula berusaha untuk menyelamatkan UMNO supaya terus menjadi parti yang menerajui negara dan sekaligus menerajui BN. Dengan MCA telah mendapat Presiden baru, Gerakan juga telah menyatakan sokongannya, MIC dengan kesetiaanya, saya tidak nampak UMNO akan 'rebah'. Tetapi perlu diingat UMNO sedang dalam proses transformasi sekarang. Jawatan-jawatan utama dipertandingkan. Apa yang jelas kemelut dalaman yang menjadi masalah utama. Kempen-kempen juga terus hebat dengan pelbagai isu dan cerita, Rakyat Malaysia terus mendengar perkhabaran terkini melalui media massa danjuga kedai kopi. Abdullah juga telah berkorban untuk UMNO dan BN. Jasa beliau ini dilihat sebagai yang terbesar pernah dibuat oleh beliau. Khabarnya menantu beliau MP Rembau, KJ juga masih mencari pencalonan minima untuk bertanding jawatan Ketu Pemuda UMNO Malaysia. Tun Mahathir terus mengkritik dan juga memberi pandangan yang agak kritkal kepada apa yang berlaku kepada UMNO sekarang ini. Situasi yang dialami kedua-dua pemimpin agak sama, tapi tak serupa... wallah hualam.

Saluran Video

Loading...

Ikuti blog ini

Diriku

My photo
KOTA BHARU, Kelantan, Malaysia
sentiasa berdoa untuk kesejahteraan dunia dan akhirat