Monday, November 24, 2008

Kelantan bagi rumah...

Wajdi Mayusoh
Sun | Nov 23, 08 | 2:02:10 pm MYT

KOTA BHARU, 23 Nov (Hrkh) - Bagi merealisasikan Kelantan sebagai negeri berkebajikan, kerajaan negeri memperkenalkan program-program baru untuk meringankan bebanan yang di tanggung rakyat terutamanya golongan miskin dan kurang berupaya.

Antara yang dijalankan di Kelantan iaitu rumah dhuafat bernilai RM28,000 yang diberi percuma kepada rakyat miskin. Program itu dimulakan pada 2006 di mana sebuah rumah dibina di setiap Dun.

Bagaimanapun pada 2007 kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM2.6 juta bagi membolehkan 90 rumah dhuafat dibina di seluruh Kelantan dalam tempoh setahun.

Rumah jenis banglow kos rendah mempunyai tiga bilik.

Dan baru-baru ini seorang penduduk miskin di Kampung Sering Dun Panchor, Pengkalan Chepa menerima kunci rumah dhuafat yang diserahkan Adun kawasan itu, Ustaz Mohd Amar Abdullah.

Rumah tersebut merupakan kelima dibina di Dun Panchor sejak diperkenalkan pada tahun 2006.

Mohd Amar berkata, program Rumah Dhuafat di setiap DUN ini akan berakhir tahun ini dan ia akan diganti program rumah mampu milik tahun hadapan.

"Kerajaan akan mengenalpasti dan menentukan tanah seluas 10 ekar di setiap Dun sebagai tapak untuk didirikan rumah mampu milik.

"Peserta rumah itu ialah bagi suami isteri yang dikenal pasti tidak mempunyai tanah dan mestilah menepati kategori tertentu yang digariskan seperti miskin," katanya.

Syarat lain iaitu bagi suami isteri yang berumur antara 20-30 tahun perlu membayar secara ansuran dengan harga rendah berbanding kos sebenar.

Bagaimanapun�kata beliau rumah tersebut hanyalah untuk didiami sahaja dan bukannya diberi hak milik.

"Program ini sebagai salah satu tanggungjawab kerajaan terhadap rakyat dan sebelum ini pun program bantuan untuk membaik pulih rumah telah diperkenalkan," ujarnya.

Tambahnya, walaupun terdapat banyak lagi rakyat miskin namun kerajaan negeri memilih mereka yang benar-benar memerlukan rumah.

Sementara itu, Penolong Ketua Jajahan Kota Bharu, Rahimi Muhammad berkata, segala program tidak akan terlaksana tanpa inisiatif kerajaan dan kerjasama rakyat.

Beliau juga berharap orang ramai supaya menunaikan tanggungjawab kepada kerajaan dengan membayar cukai tanah bagi membolehkan lebih banyak lagi program kebajikan dilaksanakan. - mj � � _

Ikuti blog ini

Diriku

My photo
KOTA BHARU, Kelantan, Malaysia
sentiasa berdoa untuk kesejahteraan dunia dan akhirat