Saturday, November 1, 2008

Kuih Manja..

Pada pagi ini saya dan isteri ke pasar Siti Khadijah untuk membeli barangan dapur. Sambil berjalan saya memerhatikan keadaan sepanjang jalan utama. Seorang anak muda dalam lingkungan du puluhan umurnya menjual kuih manja. Dari raut wajahnya saya agak beliau seorang anak muda yang jujur dan seorang yang amat berusaha. Sambil memasak kuih manja, beliau melemparkan senyuman kepada orang ramai dan juga pelanggannya. Terdetik sayu hati ini melihat beliau. Kenderaan beliau amat jarang dipakai sekarang. Saya akan paparkan kenderaan beliau lain kali disini. Sentiasa dengan senyuman. Setelah selesai urusan isteri di dalam pasar, saya singgah membeli kuih manja pemuda tersebut. Sempat juga saya bertanya khabar beliau. Katanya beliau menjual dipasar Siti Khadijah pada setiap hari Jumaat dan Sabtu sahaja, pada hari lain beliau akan menjual disekitar kompleks sekolah Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu. Sambil berlalu saya mengucapkan salam kepadanya, beliau tersenyum dan menjawab salam. Dari air mukanya saya pasti beliau banyak menyimpan kisah-kisah beliau yang tidak diketahui oleh kita.

No comments:

Ikuti blog ini

Diriku

My photo
KOTA BHARU, Kelantan, Malaysia
sentiasa berdoa untuk kesejahteraan dunia dan akhirat