Wednesday, December 30, 2009
Husam Nafi Letak Jawatan
Katanya, tidak ada sebab kenapa beliau harus berbuat demikian sedangkan pada masa yang sama beliau lebih menumpukan tuntutan royalti minyak dari Kerajaan Pusat.
“Lainlah kalau dah dapat royalti besok tuan-tuan buat rumous macam tu,”ujarnya sambil ketawa.
Katanya, akibat khabar angin sebagaimana yang didakwa dalam blog atau media itulah yang menyebabkan beliau membuat tuntutan saman dari pihak yang menyebarkan berita tidak benar.
Setakat ini beliau telah mengemukakan saman terhadap satu blog berhubung kes yang mendakwanya akan menerima wang dari Datuk Tamrin sebanyak RM15juta.
“Saya dah hantar surat saman kira-kira lebih sebulan lalu pada alamat di Klang, walaupun penulis blog terbabit orang Kelantan dan peguam saya memang dah saman dia. Dan dia ni kita dapati ‘cybers troopers Umno’,”ujarnya.
Beliau juga memberitahu, media seharusnya tidak menjadikan laman web atau blog tertentu khususnya yang didalangi pihak Umno sebagai bahan berita untuk siaran media.
Sambungnya, sebagai contoh sebuah akhbar harian hari ini yang mendakwa beliau telah menyindir keluarga Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga tidak benar.
“Tidak betul macam tu, kenapa saya nak sindir Tuan Guru, saya sendiri ada keluarga, ada adik-adik, bahkan adik saya sendiri pernah ditemuduga oleh sebuah agensi kerajaan negeri beberapa tahun lalu.
“Saya nasihatkan agensi kerajaan ni jangan ambil adik saya walaupun berkelayakan, saya lakukan demikian untuk menjaga imej kerajaan negeri disamping ingin mengelak tuduhan-tuduhan macam ni dari pihak yang tidak bertanggugjawab,”ujarnya.
Sambungnya lagi tulisan dalam blognya sebelum ini bukan bermaksud menuding sesiapa, apa lagi kepada Tuan Guru.
Sambungnya, akhbar hari ini memetik kenyataannya dalam blog beliau itu kononnya menyindir Tuan Guru, seolah-olah ingin melaga-lagakan beliau dengan Tuan Guru.
Menurutnya, sebelum ini beliau pernah mengemukakan surat tuntutan saman kepada akhbar Utusan Malaysia dan New Strait Times (NST) berhubung perkara yang sama.
Ketika ditanya berhubung perkembangan tuntutan saman, beliau memeberitahu setakat ini NST mengemukakan kepada peguamnya untuk berunding awal tahun hadapan.
Ketika menjawab jumlah tuntutan saman terhadap kedua-dua media terbabit beliau bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas berhubung jumlahnya.
“Saya memang tidak letak hargalah, hanya sekadar munasabah saja, lagipun apa yang saya lakukan sebagai pengajaran untuk para media sahaja, tidak lebih dari itu,”ujarnya lagi.-----Salmah Mat Husain
Wednesday, December 23, 2009
Meja Bulat : Bahagian 2 Menantu
Hari ini kisah menantu pulak. Khabarnya tidak puas hati menantu kerana dia dipaksa letak jawatan CEO PMBK dan beberapa perkara sangat. Aku pun tak paham kenapalah bebal sangat si menantu ni? Aku berpendapat dia ni pengecut, aku ada alasan tersendiri . Pernah sekali tu si menantu berjumpa dengan blogger-blogger kat KL dan menginap kat Hotel Nikko. Lepas tu sambil membela diri , menantu memburuk-burkkan Datuk Hussam!
Yang letihnya tu, siap offer duit lagi kat blogger . Bukan nak rasuah kata menantu cuma nak membantu je. Dibawah ini disertakan artikel dari Malaysiakini.com. Tajuknya
sedap jugak macam S.Kadarisman sebut dalam filem Tiga Abdul :-
Ariffahmi : 'Ini Tidak adil'
Menantu menteri besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Ab Rahman mendakwa beliau dilayan secara tidak adil berhubung isu peletakan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
’Saya diarah tutup mulut tapi dalam masa yang sama banyak orang yang terus mengulas perkara itu," katanya ketika menghubungi Malaysiakini semalam.
Beliau merujuk kepada laporan sebuah akhbar arus perdana Ahad lalu, yang memetik ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani Abd Kader yang mendesak Ariffahmi melepaskan segera jawatan tersebut.
Semalam, Dr Rosli mengumumkan peletakan jawatannya dalam parti, termasuk sebagai ahli jawatankuasa PAS Kelanta, berkuatkuasa serta merta.
Beliau memberitahu satu sidang akhbar semalam bahawa keputusannya itu untuk memastikan imej parti tidak terjejas ekoran perintah Mahkamah Syariah Kota Bharu supaya dia tinggal berasingan dengan isternya keduanya.
Sebelum ini pucuk pimpinan PAS telah meminta menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu melepaskan jawatannya dalam PMBK bagi mengalak tanggapan wujudkan kronisme dalam pentadbiran PAS di Kelantan.
Ekoran itu, Ariffahmi mengumumkan yang beliau akan menghantar notis esok dan peletakan jawatannya secara rasmi berkuatkuasa Mac depan.
Beliau dilaporkan berkata, ia selaras dengan terma dan syarat pelantikannya ke jawatan tersebut serta untuk memberi masa kepada kerajaan negeri mencari penggantinya.
Ariffahmi memberitahu Malaysiakini bahawa kenyataan-kenyataan yang berterusan dari pelbagai pihak, khususnya di dalam PAS, telah mengeruhkan keadaan.
Ditanya sama ada beliau mencadangkan pihak berkenaan dikenakan tindakan disiplin, Ariffahmi berkata, perkara itu terserahlah kepada kebijaksanaan kepimpinan PAS.
"Perkara itu PAS pusat kena fikirlah," katanya yang juga exco pemuda PAS Kelantan.
Ariffahmi berkata, keputusannya meletakkan jawatannya sebagai CEO PMBK, dilakukan menurut arahan kepimpinan PAS.
Sementara itu, notis peletakannya yang sepatutnya dihantar esok telah diserahkan kepada Nik Aziz sebagai pengerusi perbadanan itu pagi tadi.
Ariffahmi berkata, kandungannya adalah sama seperti dimaklumkan sebelum ini.
Setelah membaca artikel ini, jelaslah bahawa sanya menantu ni bebal dan degil serta suka menyalahkan orang lain. Ish...ish..ish... dalam catatan akan datang, aku siarkan pulak kisah 'al-ustaz nick abduh'- si anak...
Thursday, December 17, 2009
Meja bulat : Bahagian 1-Anak dan menantu
“Genap seminggu saya menyiarkan luahan hati Nik Amalina, puteri MB Kelantan. Saya berbuat demikian atas permintaan beliau dan suaminya sendiri.Saya dapat merasakan jiwanya tertekan dan beliau perlu meluahkan. She wants people to know her feelings. Dia mahu mengistiharkan perasaannya.”
Memandangkan terdapat pembaca blog ini yang mempertikaikan tindakan YB Dr. Siti Mariah mengenengahkan nukilan Isteri Abdul Ariffahmi, Dr. Siti Mariah sudah membuat penjelasan terperinci berhubung isu tersebut. Dr. Siti Mariah hanyalah seorang penyampai atau messenger dan saya berharap para pembaca dapat menelaah penjelasaan Ahli Parlimen tersebut. Baca di sini.
kiasu (11:58:24) :
Selepas seminggu baru Dr Mariah nak sedar dan mengaku bahawa
Dr Mariah juga mengaku selepas lega menulis
Yang menariknya,
doa plok.. prajo laa ko ‘menatey’ (menantu) tow
4 12 2009
ikepilla (23:07:42) :
pemimpin PAS byak ckap menipu…
1.Nik Aziz royat Ariff dapat jd CEO coz bkelayakkan…tp Nik Amalina ckap nik aziz yang lantik… brkelayakkan r kroni… ape klayakkan Ariff stakat degree haku pon ade….
2. Pmmpin Pas ckap tiada masalah dlm PAS…lg penipu xde masalah ke… ape hukum menipu…haram bg Umno halal bg PAS
3. Dlu heboh nak laksana hudud tp bler dapat memerintah 5ngeri senyap jer..Abd Hadi sampai leh royat hudud hanye 0.001 dlm pmrntahan islam..Hassan Ali timbul isu arak leh kita bermasalah pada parti, same gak dengan nasaruddn…maknanye PAS sebenarnya dalam diam myokong penjualan arak..mlut je kat menentang tp hati myokong… cth lesen Kilang arak terbesar diselangor dperbharui oleh PKR…mane orang PAS menentang… belawok belako kecek
4. byak lg penipuan xlarat nak tulis…
Itulah antaranya sebagai permulaan kisah meja bulat. TGNA ialah MB Kelantan, hak milik kerajaan dan rakyat negeri Kelantan. Di rumah memang beliau seorang ayah, suami dan mertua. Dalam hal ini siapa yang menggangu TGNA? Saudara jawab sendiri............
Wednesday, November 25, 2009
Berakhirnya Kemelut PMBK-Husam-TGNA
Nasihat saya kepada Ariffahmi terimalah dengan hati yang terbuka, sesungguhnya keadaan ini meberikan anda satu pelajaran yang amat berguna. Berhentilah dari banyak sangat membela diri. Jawapan yang diberikan itupun menggambarkan bahawa saudara sayangkan jawatan CEO , sepatutnya bila mula krisis ni tak payah tunggu lama. Tiada siapa yang kalah dan tiada juga yang menang, tetapi yang jelasnya fitnah tidak berkembang.
Kepada Pak sheikh jangan ingat anda telah berjaya! Anda juga banyak benda silapnya. Jangan mintak orang lain menjadi saksi atas kesalahan orang lain. Tak payah memburuk-burukkan nama orang lain. Ingat anda juga banyak silapnya. Mungkin ada betulnya pendedahan ini dibuat, kesannya banyak menyelamatkan orang dari terkena fitnah yang lebih besar.
Kepada Datuk Husam, Datuk seorang yang bijak, nilailah kembali Pak Sheikh ni. Nilailah dengan mata hati. Jangan mudah terpedaya dengan cakap lembut gusi dari lidah. Saya sentiasa mengikuti perkembangan Datuk.
Nilahlah sendiri. Nada TGNA nada seorang pejuang Islam, tapi nada Ariffahmi macam tak puas hati.
Monday, November 23, 2009
TGNA bercakap pasal Datuk Husam
Penjelasan Datuk Husam Musa
Mingguan Malaysia sekali lagi 'memandang tinggi' pada saya dengan berita provokatif muka depan.
Dulu saya diserang bertubi-tubi menjelang Muktamar PAS.
Agenda 'mematikan' saya nampaknya belum berakhir.
Hari ini, Utusan cuba berbagai cara menghubungi saya untuk 'pohon penjelasan'. Semasa Utusan bersiap 'meletupkan' berita itu semalam sepatah penjelasan saya tidak diminta.
Beratus sms, kegelisahan begitu ramai orang dan deringan talipon sejak awal pagi adalah bukti 'berita' yang sengaja dimasak sebegitu rupa telah mencetuskan kesan negatif yang bukan sedikit.
Saya amat terharu dengan penjelasan segera bos, guru, rakan dan bapa saya - Tok Guru Nik Aziz.
Saya sakit belakang. Jumpa doktor dan doktor minta saya dapatkan rawatan, rehatkan tulang belakang saya dan kurangkan aktiviti. Bila saya nak masuk wad untuk rawatan itu saya boleh tentukan sendiri ikut kelapangan saya, tetapi jangan kurang dari lima hari penuh. Jangan lambat, kata doktor.
Saya maklumkan pada bos saya. Lima hari sebelum raya haji amat sesuai. Tetapi program saya kena tangguh dan mana mesyuarat yang saya ditugaskan wakili Tok Guru kena tukar kepada rakan yang lain.
Apa kata Tok Guru bila saya terus jumpa beliau Khamis lalu?
Jumpa doktor Di Pakar Perdana habis jam 12.30 tengah hari. Jumpa Tok Guru lebih kurang jam 1 sebelum zohor.
"Tak boleh lok (tangguh). Buat (rawat) selalu (segera). Jangan jadi macam ana..."
Saya bercadang masuk hospital hari Isnin. Keluar petang Khamis.
Apa kena mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan?
Letak semua pulak tu?
Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama? Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?
Tok Guru telah cuba dimalukan. Cuba dipinggirkan kerana pendiriannya yang tegas dan hasratnya yang jelas untuk membawa negara kita menuju perubahan.
Saya sebagai murid dan 'budak' Tok Guru, mengangkat bendera putih semata-mata kerana Utusan cuba meng-agendakan kami?
Sakit adalah lumrah insan. Letak jawatan tidak boleh diikat dengan satu dua hari di hospital - maka ia bukti Husam letak jawatan.
Kepada teman dan rakan, sahabat dekat dan jauh, saya ucapkan terima kasih atas ingatan anda semua. Ustaz Aziz menalipon pagi hari dari Mekah kerana terbangun dari mimpi, saya hargai erti persahabatan.
Bolehkah media kita diajar erti kredibiliti?
Tanpa menyakiti Utusan, tetapi tulisan Art Harun dalam blognya Articulations, menulis tentang Utusan buat sedikit 'touch' untuk tukar gambar payung berlambangkan dacing dengan gambar payung biru tanpa dacing, barangkali cukup untuk kita merasa tertanya-tanya Utusan ini apa..?

Terdapat payung berlambang dacing di belakang pak cik yang ditangkap kerana membunuh isterinya yang minta cerai di Kedah. Gambar yang sama diguna pakai oleh Metro, The Star dan Berita Harian.
Tapi demi maruah BN, Utusan menyiarkan gambar yang diubah seperti di bawah pada berita yang sama, 10 Nov 2009;

Wednesday, July 22, 2009
Kiamat 2012
Kod 19, satu bab yang cukup menarik untuk diperkatakan. Bagi orang-orang yang taksub akan menganggap ianya lebih baik daripada Hadis Rasullallah SAW ! Astaghfirullah hulna'azzim. Bagi saya , sebagai orang Islam kita ada dua Rukun. Satunya Rukun Islam 5 perkara dan Rukun Iman 6 perkara. Tengok balik dan tanyalah guru yang mursyid. Jangan buat andaian sendiri. Kenali dulu siapa Dr. Rashad Khalifa! Fahami dan kenali siapa dia? Ingat kita pasti akan mati, yang kita tak tahu tarikhnya sahaja! Samalah macam kiamat, ianya pasti terjadi! Tapi tarikhnya kita tak tahu bro.......
Sekian untuk kali ini.
Tuesday, March 17, 2009
Haru Biru
Tuesday, January 6, 2009
Kawan-kawan
Ikuti blog ini
Diriku

- adli
- KOTA BHARU, Kelantan, Malaysia
- sentiasa berdoa untuk kesejahteraan dunia dan akhirat