Wednesday, July 22, 2009

Kiamat 2012

Salam semua, kisah kiamat 2012 ni benda kelakar sebenarnya. Ramai terpengaruh dengan cerita ini. Kiamat pasti berlaku, ianya janji Allah. Nabi Muhammad SAW sendiri pun tak tahu dengan tepat. Tapi manusia akhir zaman ni dah terlebih tahu siap dengan tarikhnya lagi iaitu 21hb Disember 2012. (21.12.2012) kebetulannya tarikh tersebut jatuh pada hari jumaat. Sedar atau tidak kita dah diperdaya oleh cerita Israliyat. Perhatikan tarikhnya 21.12.2012, nampak sangat nak bermain dengan nombor. Kaki ekor pasti dah boleh buat duit hari tu. Kenapa tak jangka 28.12.2012? Sebabnya nombor tak cantik! Ada jugak kalangan kita ni percaya dan yakin bahawa mat saleh yang lebih arif bab-bab macam ni.

Kod 19, satu bab yang cukup menarik untuk diperkatakan. Bagi orang-orang yang taksub akan menganggap ianya lebih baik daripada Hadis Rasullallah SAW ! Astaghfirullah hulna'azzim. Bagi saya , sebagai orang Islam kita ada dua Rukun. Satunya Rukun Islam 5 perkara dan Rukun Iman 6 perkara. Tengok balik dan tanyalah guru yang mursyid. Jangan buat andaian sendiri. Kenali dulu siapa Dr. Rashad Khalifa! Fahami dan kenali siapa dia? Ingat kita pasti akan mati, yang kita tak tahu tarikhnya sahaja! Samalah macam kiamat, ianya pasti terjadi! Tapi tarikhnya kita tak tahu bro.......

Sekian untuk kali ini.


Tuesday, March 17, 2009

Haru Biru

Dah lama tak menulis. Banyak perkembangan berlaku. Najib menonjolkan kebijakkannya. Anwar dengan wibawanya. GMP dengan isu PPSMI. Entahlah banyak sangat yang nak diperkatakan. Ingatlah sebgai manusia, kita mesti patuh kepada Allah SWT.

Tuesday, January 6, 2009

Kawan-kawan

Saat ini aku merasa sungguh kecewa melihat kawan-kawanku. Ada antaranya yang dah berjaya dan sudah menghampiri tahap kaya gila. Semasa susah dulu, ada juga bertanya khabar dan datang berborak. Sekarang ni dah tak datang. Dulu sanggup menebal muka minta duit, sekarang bila giliran aku pulak....

Walaupun begitu aku bersyukur kepada Allah. Yalah, tak de duit pun ada juga sokongan dari rakan karib. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui dan perjalanan kita masih panjang..

Sunday, December 7, 2008

Nik Amar lagi....


Pada Jumaat lepas, aku bersolat di Masjid Panchor. Ada Majlis Kurniaan oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan. Ramai hadirin yang hadir, TM sendiri, TGNA dan beberapa pembesar negeri dan juga MAIK. Tidak ketinggalan Ustaz Man sahabat saya. Kelihatan YB kita yang sorang ni iaitu NIK Amar. Hebat sungguh dia ni. Sentiasa tersenyum dan menunjukkan kemesraannya. Tapi sayang, 'perangai' dia ni tak sama semasa rakyat di kawasan DUN Panchor ada masalah beliau tiada pulak macam tu. Hebat, hebat. YB, tengok-tengoklah kawasan sendiri tu. Mana yang patut pergi melawat tu kena pergilah. Di taman perumahan aku sendiri tu dah bertahun tenggelam air. Bukannya YB tak sedar, setiap pagi pergi ke SUK tu takkan tak boleh lihat, atau tak nampak. Tanyalah penghulu tu. Nak harapkan penghulu buat kerja tak terdaya dia pun. Nik Amar, bilakah akan sedar? Kalau pada UMNO boleh kata buah terlalu masak, jangan kita pulak yang nak jadi buah busuk. Kulit cantik, isi buruk! Contohilah Hussam Musa.. belajarlah Nik Amar. Aku dulu pun berjuang dalam PAS lagi lama daripada YB! Datuk Hussam ni telefon pun dapat, pergi rumah pun ada respon, sms pun ada jawab. Bukan tujuan membanding-banding, tapi hakikat. Jangan hanya pandai membodek TGNA je Nik! Pikirlah sikit berapa ramai yang marahkan Nik Amar setiap hari. Sesungguhnya, sebagai manusia kita tak terlepas dari membuat silap, tapi janganlah sentiasa buat salah dan terus menerus melakukan kesalahan. Wallahualam..

Wednesday, December 3, 2008

oh..Nik Amar

Baru-baru ini banyak kawasan perumahan di sekitar Panchor, Kota Bharu telah mengalami banjir. Tapi yang sedihnya satu Taman perumahan yang berhampiran dengan kediaman YB Nik amar telah 'tenggelam'. Sedih rasanya. Penghulu hadir, tapi YB kita ni tak nampak batang hidung pun. Bercakap memang sedap. Bila ditanya tahun 2005 dulu, katanya longkang besar dalam proses. Kita tahu dalam proses, tapi takkan tak boleh jengukkan rakyat di kawasan sekitar. Letihlah macam ni. Masa kempen bukan main lagi. Sedarlah wahai Nik Amar. Awak tu YB kerana rakyat. Exco pulak. Hentikanlah cakap manis, orang Kelantan selalu cakap" mulut manis,XXXXX masam'.

Monday, November 24, 2008

Kelantan bagi rumah...

Wajdi Mayusoh
Sun | Nov 23, 08 | 2:02:10 pm MYT

KOTA BHARU, 23 Nov (Hrkh) - Bagi merealisasikan Kelantan sebagai negeri berkebajikan, kerajaan negeri memperkenalkan program-program baru untuk meringankan bebanan yang di tanggung rakyat terutamanya golongan miskin dan kurang berupaya.

Antara yang dijalankan di Kelantan iaitu rumah dhuafat bernilai RM28,000 yang diberi percuma kepada rakyat miskin. Program itu dimulakan pada 2006 di mana sebuah rumah dibina di setiap Dun.

Bagaimanapun pada 2007 kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM2.6 juta bagi membolehkan 90 rumah dhuafat dibina di seluruh Kelantan dalam tempoh setahun.

Rumah jenis banglow kos rendah mempunyai tiga bilik.

Dan baru-baru ini seorang penduduk miskin di Kampung Sering Dun Panchor, Pengkalan Chepa menerima kunci rumah dhuafat yang diserahkan Adun kawasan itu, Ustaz Mohd Amar Abdullah.

Rumah tersebut merupakan kelima dibina di Dun Panchor sejak diperkenalkan pada tahun 2006.

Mohd Amar berkata, program Rumah Dhuafat di setiap DUN ini akan berakhir tahun ini dan ia akan diganti program rumah mampu milik tahun hadapan.

"Kerajaan akan mengenalpasti dan menentukan tanah seluas 10 ekar di setiap Dun sebagai tapak untuk didirikan rumah mampu milik.

"Peserta rumah itu ialah bagi suami isteri yang dikenal pasti tidak mempunyai tanah dan mestilah menepati kategori tertentu yang digariskan seperti miskin," katanya.

Syarat lain iaitu bagi suami isteri yang berumur antara 20-30 tahun perlu membayar secara ansuran dengan harga rendah berbanding kos sebenar.

Bagaimanapun�kata beliau rumah tersebut hanyalah untuk didiami sahaja dan bukannya diberi hak milik.

"Program ini sebagai salah satu tanggungjawab kerajaan terhadap rakyat dan sebelum ini pun program bantuan untuk membaik pulih rumah telah diperkenalkan," ujarnya.

Tambahnya, walaupun terdapat banyak lagi rakyat miskin namun kerajaan negeri memilih mereka yang benar-benar memerlukan rumah.

Sementara itu, Penolong Ketua Jajahan Kota Bharu, Rahimi Muhammad berkata, segala program tidak akan terlaksana tanpa inisiatif kerajaan dan kerjasama rakyat.

Beliau juga berharap orang ramai supaya menunaikan tanggungjawab kepada kerajaan dengan membayar cukai tanah bagi membolehkan lebih banyak lagi program kebajikan dilaksanakan. - mj � � _

Sunday, November 16, 2008

YB Saifuddin.. Machang


Semasa makan tengah hari di kedai Nasi Beriani Batu Pahat, dekat Berek 12, Kota Bharu tadi saya terserempak dengan YB Saifuddin, kawan lama saya. Beliau masih seperti dulu, tidak sombong dan mesra. Sememangnya beliau layak menjadi pemimpin masyarakat. Kalau dilihat semasa beliau berhujah ataupun mengambil bahagian di Parlimen kita akan lihat soalan-soalan yang dikemukan dan fakta yang diberi amat tepat dan agak susah juga bagi yang memberi jawapan untuk kelentong. Inilah pemimpin pelapis yang dicari, bukannya yang jenis tak kenal kawan ataupun yang jenis kena tender..

Ikuti blog ini

Diriku

My photo
KOTA BHARU, Kelantan, Malaysia
sentiasa berdoa untuk kesejahteraan dunia dan akhirat