Pagi ini sambil minum pagi dengan seorang kawan Faran namanya. Kami berbual tentang banyak perkara, satu darinya mengenai keruntuhan akhlak yang sedang melanda negara amnya, Kelantan khasnya. Beliau mengutarakan satu pendapat mengenai masalah akhlak ini, iaitu kurangnya pengetahuan tentang Sifat 20. Dimana manusia yang tidak mengenal diri secara automatiknya tidak mengenal Allah yakni tuhan rabbujalil. Saya termenung seketika mendengar hujah-hujahnya. Secara ilmiahnya saya berpendapat ianya benar. Kita biasa bercakap tentang islam, iman dan gejala sosial tapi tidak pernah mengaitkan keadaan kita dengan Pencipta kita. Sedangkan allah bersama kita sentiasa. Tak kira apa jua yang kita lakukan, Allah tetap bersama kita. Pentingnya hal Sifat 20 ini ialah kita dapat mengenali diri kita dan mudah mengenali tuhan pencipta kita. Dah sampai masanya kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Sesungguhnya al-Quran dilemparkan kedalam dada kita bukannya sekadar berada didalam kitab.
2 comments:
Macam tu lah wajah remaja hari ini - bercakap soal agama hebat. Cukup hebat. PAFA pass. Paper Pendidikan Islam pun pass. Tapi, pengisian rohani nye takde. Sebab, target nak lepas exam tapi bila balik umah - layan PS2. Bila jalan2 layan PSP. Berkomuniti pun takde kalau bukan utk lepak2. Ini yang bahaya walaupun nampak tenang.
kawe setuju tu li..gano lamo tok napok demo ni? ko takdok dale negeri?....sekalo jupo jgk surau kita tu...
Post a Comment