Monday, October 27, 2008

alwi.. alwi..


Melihat kepada ucapan Datuk Alwi di DUN Kelantan, saya merasa amat kasihan kerana beliau rupanya masih tidak faham apa yang berlaku di negeri Kelantan ini. Baru-baru ini beliau memberitahu dewan agar lupakan sengketa antara PAS dan UMNO, tapi semalam pula suruh PAS menunaikan janji PAS. Apa ni Datuk? Baja subsidi di Kelantan ni kalau cap Dacing dah lama rakyat Kelantan jarang-jarang dapat. Pasal YIK pula ianya untuk sekolah Agama Rakyat! Datuk boleh cakap membazir? Istighfarlah Datuk . Betul Kerajaan Pusat nak bantu, tapi banyak syaratnya. Baru-baru ini, Kerajaan Kelantan telah serahkan 20biji SAR. Alhamdulillah Menteri Pelajaran tak berpikiran macam Datuk, kalau tidak entahlah. Datuk ni orang muda, belajarlah dari pengalaman yang lepas ataupun dari orang-orang lama. Jangan terlalu berpolitik (sekadar mengulangi kata-kata Datuk sendiri). Orang Kelantan dah celik mata, bukan macam dulu lagi. Patutnya Datuk Alwi kena bantu kerajaan, bukannya membantah membuta tuli. Defisit benda biasa dalam bajet. Itupun jika berlaku kekurangan pendapatan, tapi Datuk kena ingat. Kelantan pernah beberapa kali mendapat lebihan dalam pengurusan perbelanjaan Kerajaan Negeri. Pesan Tok Guru Nik Aziz " Otak jangan letak dekat kepala lutut". Wallah huallam....

1 comment:

Anonymous said...

Pemimpin hari ini dah bukan seorang pemimpin secara dasarnya. Luarannya ya. Pengisian rohani pemimpin pun rosak ... mcm mana nak cerita bab rakyat neh? Kalau pegi rasmikan aktiviti berbasikal belia 4B pun dok cerita soal sokong pemimpin UMNO bukan ajar doa menaiki kenderaan. Rosak rosak ...

Ikuti blog ini

Diriku

My photo
KOTA BHARU, Kelantan, Malaysia
sentiasa berdoa untuk kesejahteraan dunia dan akhirat