Wednesday, October 15, 2008

'Alhamdulillah, Syukur PAS menang di Kelantan' kata Lim Guan Eng

Pada 13hb Oktober 2008, tercatat satu sejarah baru di Malaysia. Lebih kurang jam 8.30malam, samabil menunggu anak saya menghabiskan kelas tiusyennya. Saya berjalan-jalan di jalan Kebun Sultan, Kota Bharu tanpa mengetahui bahawa adanya program di Dewan Perniagaan Cina. Majlis Idul Fitri bersama masyarakat Tionghua dan PAS. Dimulakan majlis dengan persembahan Megat Nordin dan wushu diikuti oleh ucapan Datuk Annuar Tan. Pada masa itu hadirin baru mencecah 3 ribu orang di luar Dewan sambil menikmati makanan. Datuk Wan Rahim, MP Kota Bharu pula membuat ucapan terima kasih kepada pengundi beliau. Lebih kurang 9.15malam , hadirin makin meningkat bilangannya, hampir 5ribu orang. Seterusnya bilangan pengunjung meningkat apabila Datuk Husam memulakan ucapan hampir 8ribu orang. Apabila YAB Lim Guan Eng (LGE) memulakan ucapan hadirin makin meningkat dan jumlahnya hampir 10ribu orang. Hadirin terpegun dengan ucapan LGE yang mengulas keadaan politik semasa dan juga perkembangan yang berlaku di Pulau Pinang dan juga di Parlimen. Walaupun beliau berucap dwibahasa, hadirin tetap tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing. Rata-rata hadirin yang saya sempat bertanya khabar mengatakan bahawa, kalau inilah sebenarnya LGE, bermakna Pakatan Rakyat amat teguh. Ramai hadirin menitiskan airmata melihat LGE menyambut salam Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) . TGNA pula menyampaikan ucapan beliau selepas itu sambil mengucapkan penghargaan kepada LGE dan PAS Kota Bharu. Hadirin selepas itu meninggalkan kawasan Dewan Perniagaan Cina Kelantan dengan penuh pengharapan dan juga doa untuk terus menyaksikan perubahan yang sepatutnya berlaku. Apapun, dari apa yang saya lihat, tembok perkauman hampir runtuh sepenuhnya. Tarikh 13hb Oktober 2008, menjadi satu tarikh yang bersejarah kepada Malaysia amnya dan PAS dan DAP khasnya. Benarlah telahan TGNA hampir 20tahun lalu, "Sekiranya PAS ingin berjaya dengan besar, Gerakkan dakwah kita melalui Islam yang sebenarnya, supaya kita (perjuangan PAS) diterima oleh semua kaum. Sesungguhnya Islam itu Rahmat kepada seluruh alam".

No comments:

Ikuti blog ini

Diriku

My photo
KOTA BHARU, Kelantan, Malaysia
sentiasa berdoa untuk kesejahteraan dunia dan akhirat